Friday, July 6, 2007

ITM Jalan Othman Campus

Logo Dulu

Logo Sekarang

Jalan Othman campus is situated in the old part of Petaling Jaya and is less than a kilometre away from the old PJ town centre. Courses yang ada pada tahun tu DSS & LS, and malam pulak Kelekek (KLK) la for parti time student. Selalunya spend half a day aje kat campus sebab kengkadang kelas petang tak de maklumla pre-diploma aje, subject pun English aje. Kelas pun tak ada tempat yang tetap kengkadang kena halau keluar sebab ada kelas lain nak masuk. But overall kira OK la.

Wednesday, July 4, 2007

Hostel

Yang dalam bulatan tu our Beringin Hostel

ITM JO ada dua hostel, satu Masmerah and another one Beringin. Masmerah was located dekat campus and strictly for girls saja, it's a dorm type whereby bilik air kena share. Aku tak tau sangat pasal Masmerah ni, jarang pegi cuma yang aku ingat dia org kata it's haunted, true or not tak tau la. Beringin pulak 4 stories apartment and located at Jalan Klang Lama. Every unit has 3 bedrooms with 2 bathrooms. Hampir semua batch aku (SS and LS) kena duduk kat Beringin which we shared ngan Senior Boys dari LS and SS. Ground Floor girls, 1st n 2nd boys and atas sekali girls yg conquer.

Ada satu bilik tv dekat ngan Guard house where everybody berebut2 nak tengok channel masing2, ala2 first come first serve gitew. Nasib baik tak de Astro time tu kalo tak lagi haru biru. Ada dua public phone kat situ yg mmg kalo abik kelas ramai yg bergayut kat situ sampai berjam2. Water cooler was located on the 3rd Floor dekat bilik Karim(ah), selalu gak ambik kesempatan mengintai bilik teruna2 di situ.

Yang aku aku ingat aku duduk kat atas sekali second unit daripada tangga. Dekat hall depan is where we suppose to study, ada meja n kerusi n of course la buku2. Our apartment tu ada Balcony so kalo boring2 boleh tengok ke bawah sebab dapat tengok parent sape yg datang or to be more specified boifren sape yg datang..oppps...My housemate pulak antaranya Ryda n Mieza (mcm kembar - mana2 pegi berdua), Aznor, Azie, budak Library Science n sape lagi ekk aku tak ingat la. Tapi aku jarang berada di bilik ini (sebab tu aku x braper ingat nama dia org ni), mungkin sebab aku ni tak sebaik dia orang kot. Hiks. Selalunya aku akan melepak kat bilik budak2 giler ni - Kak Afza, Liza, Eilla, Gie, , Masturah, Maznah & Cheetah, opposite unit aku. Most of my time mmg kat sana cuma time tido aje balik bilik sendiri.

Our neighbour mostly Chinese, and from budak2 giler ni punyer balcony, boleh nampak their house. Sempat gak kita org tengok wayang free bila dia org buat ntah apa upacara tah. Ada gak incident suami isteri gaduh gara2 si suami nak mengurat si Liza ahaks.

Selalunya kita org naik bas ITM ke campus which is about 20 mins kalo tak jam ah, tapi selalu gak naik Bas Mini especially time balik. From mainroad tak la jauh sangat around 10 minutes walk aje cuma suspend anjing yang berkeliaran aje. Lunch selalunya ambik kat campus and kalo malam pulak either makan maggi or beli apa2 yang patut. Sometimes kita orang pegi Yaohan (skrg nama apa ek) beli barang2 keperluan.

Sepanjang 1 semester kat Beringin tak de kes gaduh or kes sumbang mambang ke yg berlaku, cuma kengkadang aje our inner garment terjatuh kat bilik boys, tapi as usual la tak sape nak mengaku cuma kalo benda tu terover size nyer kita org tahu sape and toward the end tu siap kena halau balik sebab memasing memekak selepas abis exam sedangkan abg2 LS tu masih ada lagi paper n kita org tak nak balik lagi...


The Beginning......

I've created this blog sebab few friends yg request and walaupun sibuk tahap gaban tapi still manage to do, like org cakap la There's Always a Way IF There's a Will..kannn, anyway dengan lahirnya blog ni diharap dapat mengembalikan semula kenangan yang terindah semasa di JO dan merapatkan balik silaturahim antara kita. Really appreciate if you guys n gals can contribute by sending me any articles tak kira la masa kat JO ke or present story ke to be shared by all. Yeehaaa!!

For a start, let me introduce myself. My name is Azlina Ismail, I'm from Banting, tapi mostly people call me Dona (bukan tiru nama omputeh tau, this name was given to me by my nenek aku yg kat kampung yg tak kena Donna Summer and masa tu pun Madonna belum buat album lagi ok). Walaupun only a semester saja aku kat JO ni tapi the memories still linger in my mind. Aku join ITM Jalan Othman for July intake 1984 untuk course SS10. My ID no : 84036952. The orientation was done in ITM Shah Alam. Memang horror sangat, aku ingat lagi how we have to duck walk in the middle of the nite, masa tu menyampah betul tengok OCs, pakkal aje kita ni freshies yang baik hati, ikut aje kata dia org. Tidor around 1 am and bangun as early as 5 am, makan pun tah apa2 tah, kengkadang mcm muntah kucing pun ada. Yuch! Nak minum air pun kena beratur dah la ramai ya amat, ramai gak yang tak sempat minum. Baju pun tak sempat nak basuh, dah la bilik air sentiasa penuh ngan orang. One week tu memang azab sesangat. Semua kena cepat, kalau tak kena maki baik punyer ngan OC. Ramai gak yang tertido masa dengar ceramah termasuk la aku..

After 1 week of torturing kita org berpindah ke our campus at Jalan Othman, and ditempatkan di Beringin Apartment. Again we had the Orientation Week with the Senior but walaupun teruk tapi at least better than the one in Shah Alam and after a week bermulalah our life as a Student.